Pertama kali saya ingin katakan “Be honest person using Nuffnang” atau jadilah orang yang jujur menggunakan Nuffnang. Ini kerana saya lihat ramai pemilik blog yang suruh pemilik blog lain mengklik iklan Nuffnang mereka dan berulang-ulang. Masing-masing menipu diri sendiri. Susah ke menjadi orang yang jujur? Kalau ya pun nak dapatkan duit percuma buatlah dengan jujur, janganlah suruh si dia tolong klikkan.. dan kita klik yang dia punya. Anda semua tidak terdetik dihati rasa bersalahkah?
Si pihak Nuffnang mungkinlah tidak tahu akan hal ini tapi anda yang beragama Islam kenapa tunjukkan moral yang tidak baik kepada bukan Islam? Adakah anda tidak memikirkan semua itu? Duit yang anda dapat pun 50/50 entah halal ke tidak nak digunakan bila cashout Rm50 nanti. Dalam Islam jujur ini amat dititik beratkan kepada penganutnya. Tak perlu cerita panjang-panjang benda ni semua orang tahu tapi tidak diamalkan. Tapi ingat ‘matlamat tidak menghalalkan cara’.
Dahla pemilik Nuffnang bukan Islam (non Islam) kita ni Islam tunjukkanlah yang Islam ini ajar penganutnya jujur. Mungkinlah orang cina (bukan Islam) yang menggunakan Nuffnang pun berbuat perkara yang sama, Tapi mereka itu (bukan Islam) kita ni Islam tunjukkanlah contoh yang baik. Susahkah menjadi seorang yang jujur?
setuju 🙂
dah senang nak cari susah.. dah susah makin nak tambah susah. 😎
Itulah, newbie biasa la..
mmg patut dibanteras pertubuhan haram camni. akan menyusahkan pengguna lain.
Nanti pemberi akan pikir lain pada penerima.
Pingback: Sudah gaharu cendana pula, Sudahlah kalah di’fire’ pula. | Hidup Biar Sedap
kat blog paatz ,orang masuk blog pastu tulis kat shoutmix,’aku dah klik nf ang..klik aku ny lak ok..’ setuju dengan kamu…muslim perlu JUJUR
bagos2!!
benda ni dah lama dah…dari awal kewujudan nuffnang lagi dah ada blogger2 camni..
ntah la..mereka fikir, dengan suruh orang klik tu dapat byk duit kot..ye, mmg betul dapat duit..tp berapa la sgt, 1 klik = rm0.25 untuk gliteratti, dan rm0.15 untuk bukan gliterrati, berapa ratus orang nk dia suruh klik iklan2 tu..
paling senang, tip dia untuk earning daripada nuffnang, letak iklan dan fokus pada blogging, kalau ada earning, rezeki. kalau xde, cuba lagi. tingkatkan trafik, tulis entri yang berinfo dan baik untuk tarik advertiser letak CPM ads kat blog kta..xperlu suruh orang klik iklan ke ape..
same dengan adverlets…
rata2 aku tengok,pengguna blogspot yg buat cam ni..
Advertlets tak boleh kata apa, sebab belum tentu mereka bayar.. huhu. Barangkali ada yang benar kata Loq
advertlets masih hutang aku rm200..
Uish, banyak tu Zul.. kalau cashout boleh belanja member makan..
aku jarang suh org klik nuff aku dan sebaliknya..
biala ia naik dengan sendiri
Ya, jujur dengan diri sendiri lebih baik.. =) baru ada terasa puas dihati..
o0o… pasal klik xjujur la ni eh… huhuh… igtkan pasal tak tapis iklan arak tu.
oh btw nick. link exchange nak? sila la cek url nik kata sana… ^_jumpy
Sebelum ni ada buat exchange link pd page. Tapi kurang dah sekarang sebab tak berapa aktif & usia makin meningkat (barangkali). Sebab sekarang ni Nik lebih prefer add pada Google Reader sebab lebih mudah cek updates blog ^_yes bolehkan?
Ada ker yg sruh klik iklan diorang? Duh.. Pelik2..
Ada-ada sebab tu wujud post ni.
Saya x letak pun iklan nuffnang. Ugly giless
Ugly atau sebab menyebabkan loading slowly? he..
aku pun tak letak..buat lambat loading jer..nuffnang menjengkelkan kalau letak kat blog aku..
Ya, betul2.. Kalau trafik dah tinggi boleh letak balik..
2-2.. tpi sekarang da letak semule.. tengok berape lame saye boleh tahan untuk letak iklan nuff.. klo rase mcm susah gak.. saye akan buang je.. masih sedang menguji kaji..
setuju! sepanjang orang datang blog saya yang cakap diorang dah klik iklan sume tu, memang tak pernah pulak saya gi klik balik iklan diorang.. tak pernah meminta, biar ia di klik apabila orang berminat je…
Itulah, ada ternampak pd beberapa blog macam ni. Oleh kerana itu wujudnya post ini..
sound tepat!!
hehe.. ini bukan sound, sekadar nasihat je..