Perkhidmatan Percuma Ajar Cara Berniaga di Shopee

Assalamualaikum,

Saya yakin ramai dah ketahui mengenai marketplace terbesar dalam Malaysia. iaitu Shopee dan Lazada. Majoriti dikalangan kita akan meluangkan masa sangat lama beli barang di Shopee dan Lazada.

Ini terbukti apabila pada MCO dan PKP 1.0 yang lalu, pada bulan March 2020, kerajaan Malaysia telah menyekat semua aktiviti pekerjaan disemua sektor, bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 ini. 99% kedai ditutup secara menyeluruh tiada kompromi. Hanya delivery servis sahaja yang dibenarkan berjalan pada masa itu.

Saya sendiri, first time setup desktop PC, dengan membeli komponen komputer didalam Shopee, lepastu self setup.

Pada tahun lepas, jika anda sedar, Shopee dan Lazada ada membuat pengiklanan television untuk Promosi 11.11 dan 12.12, dengan melantik duta khas Phua Chu Kang, anda rasa mereka suka suki ke invest dalam buat iklan dikaca TV dan sosial media seperti Tiktok, YouTube? Continue reading “Perkhidmatan Percuma Ajar Cara Berniaga di Shopee”

Pengalaman – Realiti Kehidupan Sebenar Kerja Dengan Majikan Bangsa Cina

Kedai Bateri Kenderaan
HQ kedai bateri kenderaan – Gambar sekadar hiasan

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah kita masih berpeluang bernafas dengan sempurna walaupun banyak dugaan dan rintangan kita hadapi. Setiap individu mempunyai masalah yang unik, dan inshaAllah apa yang terjadi ada hikmahnya.

Kali ini saya ingin kongsikan pengalaman saya, bekerja makan gaji dengan company yang diterajui oleh bangsa Cina, maksudnya Cina versi Malaysia, bukan China ya.

Penulisan ini, saya tidak mengajak pembaca untuk berperang atau ajakan berbau perkauman, cuma ingin berkongsi pengalaman hidup, dari kuburukan dan kebaikan berada dibawah majikan bangsa Cina ini.

Saya telah bekerja dengan company cina anggaran kasar 3 tahun, pelbagai karenah dan kebaikan yang ada boleh dikongsikan bersama. Continue reading “Pengalaman – Realiti Kehidupan Sebenar Kerja Dengan Majikan Bangsa Cina”

Servis Website Murah Sempena PKP tahun 2021

Servis Pembangunan Web Edisi PKP/MCO

Assalamualaikum semua. Saya agak makan bulan saya tak menulis dengan konsisten. Kejap ada kejap ghaib.

Sempena saya kena buang kerja pada musim PKP/MCO ni, saya kembali buat freelance balik sebagai web developer, sebab nak bantu anda buat website.

Kami boleh buat dari sekecil kecil bahagian sehingga besar.

Antaranya tidak lain dan tidak bukan, servis E-Dagang, Pemasaran Digital, dan kini untuk Marketplace seperti Shopee dan Lazada.. Continue reading “Servis Website Murah Sempena PKP tahun 2021”