Syarat kelulusan i-Sinar dipermudahkan 8 Mac 2021

Berita rasmi KWSP lepas longgarkan syarat untuk i-sinar

i-Sinar ini ramai yang terkesan dengan covid sebab dibuang kerja, hilang sumber percarian rezeki. Ini termasuk saya sendiri. Sebab itu saya dari duduk saja menunggu kerja makan gaji selepas menghadiri temuduga dah 10 interview tapi belum ada yang sangkut. Oleh sebab kemahiran yang saya ini boleh dibuat freelance juga, so saya buat dan ikut mana rezeki yang datang dahulu. Continue reading “Syarat kelulusan i-Sinar dipermudahkan 8 Mac 2021”

Ubat Gatal Herba Chinese Mujarab untuk Kulit TJHYML yang saya pakai

TJHYML Chinese Herba ubat KulitTJHYML Chinese Herba ubat Kulit

Jika sebelum ini saya kongsikan kepada anda, saya pernah mengalami kulit gatal seperti terkena gigitan pepijat dan mungkin gatal yang sangat berbisa, anda boleh sapu ubat ini. Ini merupakan Ubat Herba Chinese tidak sama seperti ubat di farmasi dan klinikal, ia berasaskan herba cina. Paket ubat ini TJHYML Chinese Herba untuk disapukan pada kulit. Dalam kotak ini datang dengan ubat spray dan krim untuk digunakan pada kulit. Ubat ni dihadiahkan oleh bos saya, dan rasa ubat ni bila lepas sapu rasa dingin dan rasa sejuk, sangat lain kesan dia jika nak compare dengan ubat biasa dijual di farmasi dan diberikan oleh kebanyakkan klinik yang saya pergi. Gatal tidak hilang sekelip mata, cuma rasa lebih selesa dan senang lepas sapu. Tapi lebih better kesan dia jika dibandingkan dengan ubat biasa dipasaran.

KWSP EPF Dividen tahun 2018

Hari ini KWSP telahpun mengistiharkan dividen mereka pada tahun lepas dengan kadar sebanyak 6.15% untuk simpanan nasional manakala sebanyak 5.90% untuk simpanan shariah.

Anda boleh melakukan semakan penyata terkini hari ini melalui i-akaun (akaun online) untuk jumlah sebenar dividen yang berjaya anda perolehi.