[alert type=””] Pengalaman beli Apple iPhone5S di Apple Store Malaysia.[/alert]
Kali ini saya mahu kongsikan sedikit pengalaman beli Apple iPhone5S melalui Apple Store Malaysia. Pada mulanya ingin beli melalui Apple Reseller Malaysia seperti di Machines atau Switch (tidak terfikir pun tentang Switch) tapi tidak lekang dengan masalah terhad. Oleh kerana saya ada banyak perkara lagi perlu dibuat, terus pilih beli melalui Apple Store secara atas talian sahaja. Pasti pilihan yang lebih baik.
Sebelum terfikir nak beli dekat Machines, ada sertai senarai menunggu dekat Maxis untuk Brance Maxis Alamanda Putrajaya, saya terlupa jangka masa dia tapi saya menerima mesej lebih kurang 2-3 minggu juga sebelum dapat pemberitahuan yang Maxis telah simpan iPhone5S untuk saya. Tapi sedih kerana terpaksa batalkan hasrat, kerana masa tersebut saya telah buat order melalui Apple Store. Apa yang baik adalah, kakitangan Maxis di Alamanda Putrajaya sanggup menelifon pelanggannya dan lakukan pengesahan sama ada saya masih berminat ataupun tidak. Sekiranya tidak berminat, mereka akan serahkan pada mereka yang lain masih menanti.
Ini antara salinan yang saya telah ringkaskan semasa lakukan pembelian atas talian, situasinya bermula 19 Nov 2013 saya lakukan pesanan menerusi Apple Store. Emel berikut diterima.
Selepas beberapa hari berlalu, pada 26 Nov 2013 saya menerima mesej pesanan ringkas yang menyatakan bahawa barang telah dibawa oleh courier dan dijamin sama dalam masa 3 hingga 5 hari bekerja.
Apa yang buat saya merasa selamat adalah kerana Apple Store menggunakan DHL sebagai perkhidmatan hantar barang. Sebab sebelum ini saya hanya pernah merasa hanya menggunakan Pos Laju, dan apabila menggunakan DHL, saya merasakan perkhidmatan DHL lebih baik berbanding Pos Laju.
Selama tiga hari berturut-turut saya mengikuti perkembangan melalui halaman khusus diatas ini sehingga sampai hari ke tiga, abang courier hubungi pada sebelah pagi dan beliau menyatakan akan sampai pada sebelah petang.
Setelah menunggu, sampailah waktunya dan saya menerima mesej pesanan ringkas nyatakan dia telah sampai pada tempat yang dijanjikan sebab dia tak biasa dengan kawasan ini. Akhirnya sampai juga rezeki dan keperluan saya ini ke rumah. Katakan “Alhamdulillah”, kerana bukan senang ingin menerima. Setelah saya lakukan solat tahajud dan istikharah, barulah saya lakukan pembelian, ialah barang yang sangat bernilai dan eksklusif.
[alert type=”info”] PS: Ini bukan saya punya, beli untuk kawan.[/alert]
Nota: Sertai Group Telegram kami, untuk pertanyaan hal yang berkaitan disini 🙂
Hai sy nak Tanya, kalau beli kat Apple store andai kata Kita x dapat brg (barang hilang ketika penghantaran) diorg akan refund ke? Atau kirim yg baru?
Belum pernah hilang, biasanya courier akan ada insuran
Assalamualaikum, saya ada beli ipad n apple pen di apple store malaysia. Lepas saya isi details debit card (maybank) n then proceed with payment. lepas tu sy dpt email ‘thank you for your order’ n details bila item tu akan di hantar. Tp bila sy check kat website apple store Malaysia, dia tuli ‘we’re still waiting for your payment’ n balance dlm acc bank sy x ditolak pun. (Limit acc bank sy 3000k n harga sy kena bayar 2k). Sy juga nak tanya, pembayaran memang x de security no ke seperti no OTP dr bank.
Limit acc bank saya 3k
Saya juga baru order apple pen n ipad pro,situasi yg sm mcm yg encik rasa…dua hr lepas, akaun bank sy tlh ditolak utk harga apple pen,tanpa OTP dr bank…dan terkini pen sy ready to ship,dijangka sampai pad 17/jun/2020 from republic of china…sekrang tgh tunggu ipad pro pula…oleh kerana 1st time risau tu mcm2…
hi, boleh tak kalau saya nak tahu cara pembayaran apple guna card. Saya dah buat payment 26 June haritu, masih dalam kategori unposted trasaction, selepas item dah shipped, saya dapat satu text dari public bank kata apple tolak lagi amount yang sama dalam akaun saya. Jadinya terdapat 2 unposted transaction untuk 2 harga ipad yang sama. Bagaimana ya? saya ingatkan masa buat payment dia dah hold amount ipad tu, then after shipped dia directly tolak situ, ni tetiba dapat mesej apple kenakan bayaran amount yang sama. Nak kata double order, saya hanya beli 1 ipad sahaja. Kenapa ya begitu?
Cuba call bank berkenaan, betul ke ada 2 transfer out transaction. Lebih baik kalau ada real story share, boleh saya berikan advised.
kes ni sama mcm saya dh bayar tapi tidak ditolak dlm acc pun..nak oder lain takut dabble bayar pulak..nak tya al-haziq last dpt tak apa yg dibeli tu..
alhamdulillah dah sampai dengan selamat…baru faham kenapa ipad dan pencil saya dr china…jika ambil free engraving mmg stock from china..tapi billing address dlm invoice semua ttp from singapore…
Total brape lama bru dpt both ipad + pencil?
Sy bru order 1/7, expected early August, sebulan jgak tu, mmg lama ke?
assalam nk tanye
sebelum ni cadang nk beli iphone melalui apple store, tapi tiada instalment
ingat nk beli melalui machines ada ez plan payment mybank, soalan saya iphone
di jual di machines ni sama ke kualiti dia macam iphone yang di jual di apple store.
jika ada info minta kongsi . tqvm
profesionalism dia tak sama, sebab dalam Malaysia tiada official apple store. Semua retailer, orang tengah. Singapore sahaja yang ada official Store Apple. Sebab tulah saya share mengenai Apple Store dekat sini.
Salam, pernah buat online order melalui Switch tak? Kalau pernah berapa hari prosesnya.
beli saja di https://www.apple.com/my/
Salam bos,
Sy ade order dah dari apple store melalui iphone, then sudah dpt email order confirmation with no order. Lepas tu dapt email dari apple mitak no phone sy utk verification order jika tidak order akn cancelled selepas 6hari dari tarikh email tu. bila sy bagi no phone sy sahaja. Esokkanya ade kol dari overseas singapore kol. Tapi sy x jawab sebab suspicious. Then dah block pun no overseas n email tu. bos penah mengalami mcm sy??ok ke sy order tu?risau pulak first time ni beli di apple store online. Harap bos dpt bantu sy terima kasih.
kena berikan screenshot, macam mana keadaannya.
Yaa saya pun kena macam tu, boleh tolong Tak?
Saya mengalami perkara ni tadi.. Nak tanya barang yg encik beli dah selamat sampai ke??
Di maklumat contact info semasa pembelian,
Nombor telefon perlu letak macam mana? Saya cuba letak +, dia tak boleh detect symbol. So letak 601234567 je ke or 01234567? Thanks
letak nombor sahaja tanpa +60
Nak tanya saya beli online but dekat web site mac city sdn bhd. Beli dkt mac city bole percaya ke sama mcm apple store?
Mac City saya tak pasti, dalam Malaysia Switch dengan Machines sahaja yang popular. Saya sendiri tak pergi ke kedai fizikal, terus Apple store sebab confirm ada stok dan customer service yang bagus. awak rasa boleh ?
hai. jika beli di apple store, iphone set apa ya? my set or import set ?
Hi..sy ingin membeli iphone minggu ni tp saya confuse apa beza beli di apple store dan machines? Apple store mmg hanya ada online sahaja ke or ada kedai dia jugak? Terima kasih.
Apple Store yang saya cadangkan ni ada online sahaja dan pasti ada stok. Machines ini hanya penjual yang sah untuk Malaysia.
Ouh..maknanya kalau beli online dr apple store, warranty dia boleh guna walaupun luar dari malaysia? Mcm tu ke?
Ya warranty juga international. dan direct terus dari Apple South Asia.
Ouh mcm tu.. Selalunya kalau order dr apple store harini, dlm masa berapa hari akan sampai ke kita ye? Lama x?
cuba buat tempahan, disana akan ada anggaran penghantaran. Biasanya mengambil masa 7 hari.
Nak tanya kalau beli iphone online dekat laman web Machines tu iphone yang diaorang jual tu same ke dengan apple store malaysia punya. sebab kalau boleh tak iphone yg my set atau sebagainya kalau boleh nak terus yang baharu. Niat nak beli iphone 7 plus color jack black dalam apple store malaysia tapi color jack black xde mungkin habis stok kot. so saya tengok dkt laman web Machines ni ade color jack black harga pun sama tapi satu hal yang saya nak tahu Machines ni sama ke macam apple store malaysia tau camne tu? harap boleh tolong jawab secepat mungkin nak beli nak buat keputusan takut kat Machines tu yang punya iphone set my dan sebagainya. saya kalau boleh nak iphone yang betul2 baharu keluar dari kilang apple mcm tu. hehe 🙂
Ambil yang Matte Black tahan lasak sikit berbanding Jet black, sebab Jet Black kalau kurang cermat dan tak pakai casing yang betul. Cepat calar walaupun calar yang biasa. order online di Apple Store. Machines kedai made in Malaysia mereka hanya penjual yang sah untuk dalam Malaysia, kalau online yang saya syorkan ini, pembelian terus Apple Asia.
owh ok tq. dan saya ada 1 perkara yang buat saya ni pening dan ragu2 tak tahu nak iphone 7plus atau iphone 8? niat hati ni memang nk iphone 7plus 128gb. Tapi? bila tengok harga skrg tdi kat apple store malaysia memang dah murah dah iphone7plus rasa tak sia2 tunggu 2 tahun sebab apple ni kalau keluarkan iphone yg baharu memang harga iphone yg sebelum ni akan turun memang happy gile. Dan kalau boleh nak tanya pendapat lah kan skrg harga iphone 7plus 128gb RM3,199 dan iphone 8 64gb pulak harga dia RM3,299 so kat sini better mana lagi elok untuk saya ambik antara 2 ni harga dia pun lebih kurang dgn iphone 7plus kurang rm100 je kot so agak2 lah kan ok mane lagi. rugi tak kalau beli iphone 8?
iPhone 8 64gb di apple store asia RM2,899 dan iPhone 7 32gb RM2,749. Pilih model terkini lagi bagus sudah tentu.
nk tnya.. brg yg sampai mmg ori myset kan? dapat 1yr warranty by apple @ warranty dgn supplier?
ya ori myset dan jaminan dari Apple.
Hai , apple store ada buat penghantaran ke sabah ke
?’
ada, alamat bandar mereka dlm coverage
Assalamualaikum admin,
Sy ada pertanyaan sikit, selalunya order di apple store ni , berapa lama tempoh penghantaran sampai ke depan pintu rumah ? Dari tarikh kita place order… Ada dalam seminggu ?
Terima kasih
Wa’alaikumsalam. Seminggu.
Kiranya sy isnin petang place order, dalam minggu yang sama possible sampai ?
Mereka akan email courier tracking dan berikan mesej pesanan ringkas.
Lagi satu, memang shipping dari SG ke ?? Tq sudi menjawab
Ya, dari Singapura.
Yes, betul
Salam Cik Hazwan…
Saya ada pertanyaan..Saya nk beli brg di apple store yg education price dn mnjangkau rm10k keatas…max limit debit card adlh rm10k shj sehari utk pmbelian online…blh cik bg pndangan sbb beli online dpt lbih murah…
Wassalam. Maaf. Saya tak faham. Nak beli untuk bawah pelajar maksudnya?
Assalammualaikum. Sy nak ucap terima kasih kpd Hazwan sbb bg tunjuk ajar cara beli brg apple on9 mmg selamat sy dah kali ke-3 membeli di atas talian. Setakat ni semua selamat sampai. Ni tengah tunggu iphone 7 plus yg di kedai sentiasa x de color… jd sy membuat kptsn beli di apple on9. Alhamdulillah ada.. harap kali ni pun selamat sampai.
Waalaikumsalam, alhamdulillah. Saya hanya kongsikan ilmu Allah yang saya ada. Ya betul, jika beli di laman web http://www.apple.com/my/ sahaja boleh dipercayai. Memang tidak akan ada isu tiada warna, confirm ada.
Saya nak tanya baru2 ni saya ada place order di apple store malaysia..duit pon dah potong..tapi esoknya saya cancel order..tapi duit saya xdapat balik pada hari tersebut..ke kena tggu untuk dapat balik duit..saya guna sale debit..maybank
Biasanya akan refund dalam 24 jam. Paling lewat seminggu
Sy pun ada canclekan belian di aplle .. 2-3 kali sy call apple dan lps 2 minggu mcm tu waktu bekerja br sy dot duit semula.. kena rajin follow up
Betul tu. Kena rajin follow up. Sebab bukan kita sahaja pelanggan mereka.
Yup. Syd ah beli byk kali di websideelok je dan 2 kali pernah cancle. Duit elok dlt blk cuma take time. Sy rasa jauh lebih selamat dan tulen dari beli di webside mcm lazada & shopee.
Ya betul. Sebab website ni. Direct apple. Bukan retailer. Nanti join Telegram kami
Oo..maksudnya 14 hari bekerja la kan..maksudnya semua bank sama ke tempoh masa refund tu?macam sy guna sale debit maybank.saya tanya pihak maybank dia cakap kena minta no ARN dari pihak apple..tapi bila saya call apple dua kAli dia ckp no ARN tu dia tak ada..macam mana ye?emmm
Sy x sure la sbb sy guna maybank kad debid & rhb. Kebetulan time tu cuti panjang hujung tahun. So mmg makan masa la juga. Tp alhamdulillah duit sy dpt dan sy dah beli yg lain semula dah sampai pun.
Nak tanya ada tak dekat sini yang pernah cancel order di apple.com dan guna sale debit maybank?kalau ada berapa lama dapat semula duit yang telah dipotong ye?
Anggaran seminggu ke dua minggu, lebih kurang macam tu 🙂
Sis dapat semua My set ke? i mean kalau purchase di website apple malaysia ni nnti akan receive My set or Sg set?
opcoz dapat MY/A set, dgn syarat beli dekat website rasmi Apple
Sy dapat my set. Dah 4 kali beli iphone mmg dtg dr sg.tp warrnty di malaysia. Dan 1 kalebeli cover iphone itu dr sg.
kalau kod dekat model , belakang tulis MY/A tu Malaysia punya
assalamualaikum en, hazwan..
maaf nak tanya ya.. harga iphone 6s plus 128gb di apple store RM 3699.00
kalau dia authorised seller biasanya lagi mahal atau murah ya?
dan which one is more affordable?
Waalaikumsalam,
Apple store tu melalui website rasmi atau kedai fizikal?
Sama harga.
Harga adalah sama jika ia dari reseller yang sah untuk Malaysia. Tiada isu murah ataupun mahal. Ia standard untuk seluruh Malaysia.
Salam , Saya nak beli Ipad mini 2 dkt apple store . tapi takut lah nak beli dkt apple store .. boleh percaya ke ?
Boleh percaya, tapi kena beli dekat sini http://www.apple.com/my/
Boleh percaya, bersyarat beli melalui website berikut http://www.apple.com/my/
Waalaikumsalam, jika cik beli melalui laman web berikut boleh percaya. Berikut adalah laman web nya http://www.apple.com/my/
salam awak. saya nak beli iphone through web apple store tapi takut lah. sebab takut kalau web tu scammer 🙁 dah lah penat2 nak kumpul duit beli. kat tempat saya ni ada authorised dealer tapi ambik masa 1 mingggu untuk iphone tu sampai. lama sangat kot. any advise tak?
eh sorry. bukan 1 minggu tapi 1 bulan
Advised saya, awak order online terus di http://www.apple.com/my/ laman web rasmi Apple untuk Malaysia. Confirm sampai dalam seminggu. Tak lebih seminggu. Sebulan lama sangat
okay 🙂 tapi boleh ke purchase guna debit card? sebab saya xde credit card ni
Boleh, kena aktifkan pembelian online dulu.
Maaf ye, mcm mne nak aktifkan pembelian on9?
Try buat order dulu, kalau lepas tak perlu buat. Kalau tak lepas, barulah call customer service bank untuk aktifkan pembelian online pakai debit kad.
Salam, if beli barang through apple online, receipt sure will be provided kan ? Sebab saya nak beli and claim later. Risau jugak if no receipt ke apa kan. And one more thing, after sales service dia macam mana ye if beli melalui online? contohnya if rosak, saya boleh hantar je ke kat mana2 outlet machines or saya kena report online jgk? 🙂
Semua receipt provide by email jangan risau.. kalau nak claim in case ada apa-apa hubungi customer service.. setakat saya pakai tak pernah claim..
iphone 5s kat app store manalagi boleh online
maaf, saya tak faham
Iphone kt app store mmg ori and first hand kn.sbb takut jgk kalo refurbish
Ya kalau beli dekat website http://www.apple.com/my/shop/buy-iphone/iphone6s memang baru.
Assalamualaikum.. Sy nk tnya epicentre ni apple authorities reseller ke? Skrg ni tgh aim iphone se 64gb rose gold…tp byk kedai xde stok
Waalaikumsalam, yes, tapi vendor Singapore. Go for Machines atau Switch.. Ataupun beli online ke http://www.apple.com/my/shop/buy-iphone/iphone-se tiada isu pada had stock.
Sy ad try nk beli dkt app store my untk ip 6s tp kapasiti yg ada 32 gb .bukankah iphone 6s takde 32 gb ke ? taksalah sy cuma ada 16 ,64 and 128 gb
Yes. Sebab iPhone 7 bermula dari 32GB, iPhone6s model keluaran setahun lalu, mereka tawarkan dengan storan lebih tinggi berbanding 16GB dengan harga bawah 3 ribu. Kita sebagai pengguna, ada pilihan dan alternatif disitu.
Awak rasa iphone 6s 32 gb cukup tak ?sbb ada live photos,4k videos lagy ? Apa pendapt awak ? Tq hazwan and sorry tanya soaln pelik2 ?
Kalau awak kaki selfie, kaki post video di instagram ambil yang 128GB.. tapi kena tambah RM500..
Thanks you brooo . anything just can ask you right ?
Yes. Anything.
Bayaran kalau transfer dari akaun simpanan mcm CIMB/Maybank/RHB boleh ke admin?
Mcm kita beli dari pembeli online yang lain kan just transfer duit dari akaun bank kita je.
Thanks 🙂
Maaf tak boleh. Kena pakai kad kredit atau debit kad sahaja (:
Assalam. I just placed order dekat Apple Store Malaysia and dah dapat order number. Nak tanya, when you beli ada tak email/ call from Apple stated that nak buat some verification if not order will be cancelled within 6 days. Rasa macam scam pun ada those emails and calls. Calls from overseas numbers.
Lebih bagus jika berikan salinan screenshot ke no saya. Boleh saya lihat dengan lebih dekat.
Salam. sy nak beli 6s online tapi risau pulak kalau barang nanti rosak ke apa. biasa kan courier ni diorg main campak2 je. huhu. dari apple store ni barang mmg confirm dapat kan? dah puas cari 6s satu melaka tapi takde stock 🙁
Wassalam. Tak rosak, packaging dia anti hentakkan. Ya confirm dapat, sebab saya pun dapat. Beli online mudah, sampai depan pintu ?
oh yeke. biasanya kalau kat web apple store memang sentiasa ada stock ke? iphone MYSet? ni first time nak try beli online barang mahal, biasa murah2 je. hehe
Ya sentiasa ada stock, tak pernah takda stock. Ya set Malaysia. Pastikan beli secara online pada website ni je http://www.apple.com/my/ website lain jangan.
Maaf, boleh tanya? menetap dimana?
Oh sy dah tgk web apple malaysia tu. Konfiden sikit sy nak beli kalau camtu. Haha. Sy menetap di melaka. Kenapa ya? Oh ye lg satu, kalau pembayaran sy pakai cimb, pihak bank akan call sy ke?
Oh melaka. Sekadar bertanya pembaca blog sy dari planet mana. Pakai CIMB boleh, guna kad jenis visa. Sebab kena masukkan no kad nanti masa beli. Call tu kalau ada mereka nak sahkan sama ada penipuan dalam pembelian atau nak sahkan sama ada betul ke kita yang buat bayaran tu.
sy nak reply komen yg bawah tapi tak boleh pula. pape pun terima kasih ye bg panduan cara nak beli online. sy nak cuba je ni sebab macam susah nak ada stock baru kat mac & switch.
Haha, itu sebab saya suka beli online, sebab stok limited dan tak best beli barang mahal beli di kedai ni.. hehe
ok sy akan cuba dulu kali ni. agak risau sebab benda mahal. hehe. kalau ada kerosakan boleh ke sy claim warranty di mac or switch?
setakat yang saya pakai, tak pernah hantar warranty. hantar dekat machines/switch, tapi kalau cermat susah jadi kerosakan.
ok terima kasih ye. dah nekad dah ni nak beli online je. hehe. tq again 🙂
Betulkah harha iphone 6s 128 gb apple storERM3699…..
Rasa saya dalam market harga 64gb pun dah RM4199
APA bezanya
dekat Apple store ke?
Harga online memang lebih murah ke iphone 6s plus 128gb rm3699…..kat market luar 4199 64gb
Selepas iPhone 7 dilancarkan oleh Apple pada 8 September lalu, harga iPhone 6s secara automatik diturunkan.
Insha Allah selamat dan brg pun sampai elok kemas dlm pek. Resit pihak apple emelkan sebaik kita memesan barang.. .. sy dah guna brg nak masuk 2 tahun tak rosak.. dan mmg ori
Ya betul.
Risau nak,beli SE tkut dpt,button,yang,rattle
sy baru je beli iphone kt apple store… iphone 6s 16gb.. baru pakai sminggu… boleh tak saya trade in dan nk yg 64gb punya?
Boleh trade in, tapi kena topup sikit dan barang trade-in tu second hand.
Means iphone 6s 64gb yg kita nk dpt tu second hand ke?
Ya second-hand, akan tetapi, barang tu masih dalam condition 9/10-10/10
Lagi satu nak tanya. Saya baru beli iphone SE and power button die ad rattle lah kalau shake. Boleh tak sy claim waranty pasal tu?
salam..nak tanya sy beli iphone 6s kt digi pakej skali dgn pelan digi..baru pakai dalam 3 bulan..tp charger dah rosak..boleh ke mintak tukar charger baru n kt mana boleh tukar?
Minta tukar di DiGi yang sama, tapi jika rumit, beli ditempat lain.
xboleh ke claim warranty apple..sbb baru lg charger tu..nk beli beli baru dah rm80+.. :'(
Charger tiada dalam warranty claim (:
rosak macam mana ya charger tu?
Saya beli kat apple store dan dia bagitahu charger n earpod termasuk dalam waranty satu tahun.
xbole cas..condition ok..tp xmasuk dah bile cas kt fon
cuba hantar dulu di Machines, Machines ni Premium Apple outlet dalam Malaysia. Bawa resit pembelian dan tulis imei dalam kertas. Tanya dulu, boleh tukar atau tidak kabel tu. Tinggal dimana?
Boleh. Pergi saja kat mana2 apple store utk claim waranty.
dok Klang..Ade tnye kt machine sini..dy suh g machine mid valley or klcc..jauh 1 hal..procedure pon xtw…
Kalau dia suruh pergi machines klcc or midvalley tu means your iphone is import set. Thats why lah. Sbb kalau iphone my set kat mana2 apple store bole claimed waranty
Semua iPhone / Apple product adalah set import. Cuma, bezanya package tu dikilangkan untuk Malaysia, atau negara lain. Terma dan syarat warranty bergantung kepada, barang tersebut dikilangkan untuk dihantar dinegara mana.
Boleh hubungi Machines cawangan KLCC – 03-21815866 tanya procedure untuk claim warranty sebelum buat keputusan untuk claim. Atau boleh email [email protected]
Kalau susah, beli baru terus jer. hehe
thanx a lot..u help me so much bout this stuff..masih baru dlm pnggunaan ip…
Tiada masalah, sekarang pun iphone 7 baru sesi pelancaran
Bro, macam mana kalau warranty utk yg beli original set dkt 11street tu? Kalau nak repair under warranty dkt mane? Boleh just bwk pergi switch or machines ke?
Cheers
Pergi service centre Apple dalam Malaysia. Yang ada di 11street tu vendor lain yang jual, not by 11street, kena buat semakan betul betul ?☝?️
Assalamualaikum.. Nak tanya sikit ni, kalau beli online dekat apple store malaysia ni iphone itu sampai dalam berapa hari? Ke macam berbulan-2 pre-order? Maklumlah takut nak beli mnde mahal yg lama-2 nk tunggu ni *^…^… . contoh kalau order hari ni pastu dalam berapa hari dia akan sampai? . sebab nak beli sangat iphone yg betul-2 ori . nak beli dekat kedai takut ade yg clone lah my set lah jadi susah nk cari yg betul2 official dri apple. 🙂
Wa’alaikumsalam,.. dalam masa 7 hari waktu pejabat.. biasanya pengalaman saya.. dalam masa seminggu.. pastikan alamat rumah tu dalam bandar.. lagi mudah courier hantar.. kalau beli online di http://www.apple.com/my/iphone/ memang confirm ori dan confirm ada stok 🙂
kalau ade soalan, tanya je orait..
Owh. Trima kasih sebab jawab. Tapi kalau alamat dalam kawasan kampung mcm mane pulak ?. Dapat ke barang tu sampai? ? . saye sebenarnya nk beli iphone 6plus warna gold ,yang 128gb tu tapi saye tengok dekat apple store takde yg sye nak tu. Bila eh agak-agaknya apple store akan keluarkan yang warna gold dan 128gb tu?. Nak beli sangat ni… Tapi xde .
Sama2. iPhone 6 dah tiada warna Gold, sebab dah ada iPhone 6s. Beli iPhone 6s teruslah sebab lagi baru dan ada warna Gold, tapi warna Rose Gold lagi baru. Model gold untuk iPhone 6, Apple dah tak jual model baru, sekarang hanya tinggal iPhone 6s ada gold , beli iPhone 6s Plus???????
Saye kalau boleh nk beli iphone 6plus wrna gold yg 128gb tapi xde. Kalau nk beli yg iphone 6s plus takut besar sangat . agak-agak iphone 6s plus besar mana eh kalau boleh tahu,,. Agak-agak besar oppo n3 ke atau sebesar samsung note5? .
Okay. iPhone 6 Plus dengan iPhone 6s Plus saiz sama iaitu 5.5 inc. Oleh itu awak tidak perlu risau tentang saiz ???
Bila nak beli ? ?
Bila dah ready bru beli ?. 2 perkara lgi nk thu cara pembayaran dia mcm mna ? Dan cara nk order tu ade 2 cara kan call atau chat ?
okay?? cara bayaran guna kad visa atau kad kredit. Cara order boleh order guna website Apple Malaysia, tak perlu call atau chatting ?✌?️
boleh whatsapp/wechat kalau perlu ?
Pelik betul. Kalau nak yg original my set betul kan bole pergi ke apple store yg jual iphone tu. Kalau beli kat ig or kat kedai mana2 yg bukan authorized dr apple mmg la takut ditipu. Senang pergi je kat apple store then beli
Assalamualaikum awak,boleh tolong belikan tak untuk sy ? Sy nak hadiahkan iPhone for My brother tapi xtau nak beli mcm mana.Tak berani sbb kite mmg tahu yg iPhone ni banyak clone ? So kalau awak boleh tolong,mcm mana sy nak contact awak yea ?
Waalaikumsalam awak.. boleh.. saya boleh tolong belikan untuk awak… awak jangan risau k.. awak boleh whatsapp, or telegram saya 012-212-69-29 ?
Alhamdulillah ☺️ Okay ape2 nanti sy telegram or whatsapp awak ye.terima kasih banyak2
Orait.. boleh awak.. sama2 ???
Saya pertama kali beli iphone 6s plus secara online. Masih dalam proses. Nak tanya adakah penhantaran dia selamat. Sebab selalu saya beli barang di tempat lain secara online barang mesti ada maslah.
Selamat. Courier yang mereka pakai adalah DHL, dan courier akan hubungi kita apabila barang dalam proses sampai.
Oh.. terima kasih atas jawapan.
Untuk info skrg dai dah tukar courier, bukan DHL. Tp UPS..
Okay. Kadang kala mereka menggunakan UPS atau DHL, sebab masa sebelum ni DHL..
Salam, thanks… sangat2 membantu sebab sy curious pasal beli kat Apple store online tu…just nak beli ipod je pun..sbb kat Machines and Switch selalu takde stok kaler yg nak…di online boleh custom engrave & gift box sekali kan…cuma nak tanya, jika kat situ dia takde state out of stock ke apa ke…maksudnya mmg available lah kan? Nak cari ipod shuffle spec. edition yang RED product tu je… hehe!
Wassalam..no problem (: besanya lepas lunch ade stock, just beza kalau item baru 1-2 minggu baru sampai deliver..makin lama makin cepat…kalau item tu da tak dijual mereka hilangkan terus dekat website. Yup kalau beli online semua warna ada, beza kalau beli dekat store Machines dengan Switch akan ada isu habis stok (:
Salam. Nak tnya, in case brg tu dah smpi rmh tp sy xda, dorg akan call ka atau cmna ya?
Waalaikumsalam (: courier akan hantar bermula 8am – 5pm, isnin – jumaat. Lebih baik gunakan alamat terus ke pejabat, jika tiada orang yang boleh amikkan dirumah.. (Sebab saya buat macam ni juga..hehe)
Wassalam, yup mereka akan call
salam saya nak tanya..lepas kita order waktu penghantaran tu ada kena cukai tak?sekarang ni kan zaman gst hehe
Tak pasti, tapi lepas GST harga naik 400, rasanya harga termasuk GST.
Tumpang tanya..sya beli Iphone 5s ada warranty apple..tapi tak sampai setahun..kenapa erk..?saya beli bulan 2 dan expired bulan 10…adakah phone saya tiruan…?
hmm.. mcm mane tu?? kenapa you bgtau tiruan? hmm
As salam. Nak tnya.. Klo beli kt apple store nak claim wrrnty cmne ye? Sy ade beli iphone 5s. Tapi cepat panas pastu time nk type msg kdg2 hang. X boleh nk type..
boleh lihat pada halaman berikut https://getsupport.apple.com/Reservation.action
sori sebab lambat respon 😀
salam, saya ader jual pelbagai Jenis phone clone grade AAA dengan harga yang sangat murah, ip5s, ip6, ip6+ pon ader, ader banyak lagi phone jenama lain, berminat?, whatapp or pm saya di [edit], dijamin harga bawah RM500, bawah RM400 pon ader,
maaf, saya terpaksa edit komen tuan. Saya tidak benarkan sama sekali iklan iPhone versi tiruan (klon). terima kasih.
Salam bro. Tlg order bleh? Haha.
boleh, meh sini duit n upah sekali. hehe
Sy da wssp bro. Dpt x?
Dapat 🙂
warranty die cmne ey kalau beli online ni?
warranty setahun global dari Apple 🙂
berminat nak beli ke?
Kena register ape2 ke untuk warranty tu?or dia dah automatik ada warranty.just bawak phone je
kalau beli online automatic akan daftar warranty. boleh check at https://selfsolve.apple.com/agreementWarrantyDynamic.do
Thank youuuu!just got my phone yesterday..beli online jugak
You’re welcome! .. wah, enjoy your new phone then! (:
Boleh tolong order ? Hehe .
Boleh
Tapi credit cerd ja kn ?
Visa dan Kad kredit.
Debit card yang ada logo mastercard boleh guna tak ?
Boleh.
Saya nak tanye. Mcm mane saya nak tahu itu adalah Malaysia set?
Hai mimi,
iPhone adalah eksklusif, cara untuk dapatkannya boleh beli secara online di http://store.apple.com/my/buy-iphone/iphone6 atau ke cawangan berhampiran iaitu di http://www.machines.com.my/contact.html atau di http://www.switch.com.my/p/contact-us.html
Jika tanya saya, saya cadangkan beli secara online (:
memang boleh pecaya eh beli online from apple store ? and barang yang dapat tu confirm in good conditions ? hee
yup boleh percaya. dapat dalam good condition. kenapa you nak beli ke?
hee yes , but takut tak sampai , btw billing address tu sama dengan shipping address ke ? authorization failed pulak
hehe sure sampai, billing address is your home address, shipping address untuk destinasi penghantaran, macam I put office address sebab courier akan hantar on office hours from 8am – 5pm (mon to fri).
authorization failed sebab online purchase card limit kena update dulu di ATM machine. i pakai visa maybank, n just update limit to above RM2399 cthnya, then bole start purchase.
ohh really , thank youu so much , baru tau ada limit for online purchase , maybe sebab tu kot failed , thank you hazwan 😀
yup, another more, nanti after purchase do not forget update limit balik for security purpose below RM500 cthnya. anyway you are most welcome nuraishafeeqa. thank youu for your time reading this blog too! 🙂
your blog really helped me lots, baru je placed order , so lepas ni tunggu jelah kan ? thank youu so much 🙂
okey! no problem! yup lepas ni just tunggu je, akan dapat alert via sms n email kalau barang tu on the move. You almost welcome.
Dia ada ambil charge tak kalau beli kat apple store? Like the actual price is 2k but charge more than 2k?
Tiada charge lebih. Sebab pembelian RM250 and above akan dapat free delivery around Malaysia 🙂