Bismillah hirahman nirohim.. alhamdulillah saya diberikan kesempatan oleh Allah s.w.t untuk menonton Filem Ketika Cinta Bertasbih episod 1 hingga 2 yang diambil daripada penulis novel Habiburrahman El Shirazy dan dilakonkan semula pada filem. Saya amat teruja dengan jalan ceritanya memaparkan perihal cinta dan kekeluargaan mengikut Al-Quran serta Hadis Nabi s.a.w. Peratusan filem ini berikan 98% kerana ada beberapa part mungkin tidak mengikut sunnah Nabi s.a.w. Namun begitu secara keseluruhannya saya mendapat banyak ilmu daripada tontonan filem ini sedikit sebanyak dapat mengisi kekosongan hati saya mengenai Cinta diatara Muslim dan Muslimah.
Filem ini amat bagus jika ditonton oleh remaja-remaja yang diluar sana yang sedang hangat bercinta, kerana filem ini boleh dikatakan lengkap tentang percintaan berlandaskan Islam..insyaAllah mudah-mudahan dengan menonton filem ini anda semua mendapat ilmu percintaan berlandaskan syariat.
Filem ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri, antaranya mempunyai latar music yang sungguh serasi mengikut situasi dan keadaannya.. pandai music manager membuat dan memasukkan latar music mengikut daripada babak ke babak yang lain. Selain itu ada juga babak-babak lucu diselitkan pada bahagian tertentu bagi menceriakan lagi. Babak ini selalu dimainkan oleh adik-adik Mas Azzam yang pastinya comel-comel belaka. Mari layan Intronya…
Alhamdulillah, betapa tertariknya selepas melihat intro tadi bukan??.. Jika anda tidak tertarik dengan video diatas ini..tidak terdetik dihati ingin menonton filemnya ada yang tidak kena dengan diri anda.. renungkanlah.. ^__^”
InsyaAllah jika ada rezeki lebih teringin juga membeli novelnya, memang nampak banyak sekali dijual di kedai-kedai buku.. Tidak sabar ku ingin memilikinya..
Seperti sebelum ini saya sudah melihat filem ayat-ayat cinta, namun masih belum memiliki novelnya lagi. Namun jika dibandingkan Filem Ayat-Ayat Cinta dengan Filem Ketika Cinta Bertasbih ini ada perbezaannya..
KCB 1 dah nengok. KCB 2 je blom lagi. ada masa, akan dinengoknya.. 🙂
.-= Entry terakhir pada laman beliamuda blog ..Menjadi Mangsa Keadaan, Apakah Tiada Ruang Penjelasan? =-.
tengok slow2. yang penting dapat ilmu daripada ceritanya 🙂
Assalamualaikum akhi,jemput baca ulasan saya http://i-cempaka.blogspot.com/2010/03/petua-blogging-bersama-ketika-cinta.html
.-= muhammad fakhruddin´s last blog ..Dahaga Cinta,Kuteguk Ilmu-Nya =-.
InsyaAllah.. bila berkelapangan masa nanti 🙂
salam. dah download dah. tapi tak berkesempatan nak tengok lagi .
.-= Hami Asraff´s last blog ..Apa Itu Twitter Dan Aplikasi-Aplikasinya Yang Aku Explore Sendiri =-.
takpe.. nnti free2 tu tgok kejap 🙂
aku tak penah tengok cite ni.. best ek? kt blog lain pon aku tengok ade review cite ni..
.-= Anarm´s last blog ..Kisah Anarm dan Webhosting Cubiex =-.
yup, best sgt2.. rugi kalau tak tengok.. nanti free2.. download la.. kalau nak email je aku, aku bagi linknya 🙂
link tu gambar clear ke? sound cun? bleh laa bagi.. anarm.net at gmail.. huhu
.-= Anarm´s last blog ..Kisah Anarm dan Webhosting Cubiex =-.
Dah sent! Gambar & sound boleh la.. tapi tak se-kualiti filem barat la. hehe