Dah sekian lama saya tak mengisi post ruangan santai nih.. Hari ni dah tiba masanya kita bersuka ria sikit. “Kini tiba masanya kita keriangan, menarilah bersama!! Bersama!! Ayuh kawan ku! Kita bergembira…!! Yeaahh”… ambil lagu Shahila nama lamanya atau Shila sekarang. Dulu je minat sekarang dah kurang sebab watak dia dah berbeza.. Hihi!
Shahila – Saat Bahagia
Jom korang pernah pergi Negeri Kelantan? Kononnya “Negeri ini tidak maju dan tiada pembangunan”. Siapalah tu pernah kata eh?
Ini pula merupakan Pasar Wakaf Che Yeh Kota Bharu. Nampak macam baru kan? Memang pun!
Pasar Wakaf Che Yeh, Kota Bharu
Nilah Pasar dimana tempat menjual beli ikan dan sayur-sayuran diadakan.. 😛 Tapi ambil gambar masa takde orang.. -______-” Maklumla pergi lambat memang takde..
Jom naik payung terjun
Paling best sikit masa tengok orang main payung terjun ni. Tapi rupa-rupanya dia pakai enjen dan kipas dibelakang -_________-“…. Patutla tak jatuh-jatuh..
satu je silap bila ada pembangunan macam ni..bila orangnya juga terikut2 sama..
~~selalu sakit mata bile gi KB Mall.. kenapa ya?
ntah le.. perempuannya ketat dan tudung singkat kot..
payung terjun tu slalu je landing kat padang bola universiti Azah…
macam best je tgk dorang naik..
wah.. ada apa-apa aktiviti menarik ke kt universiti tu. Sampai ade payung terjun. macam best 😛