Pengalaman – Realiti Kehidupan Sebenar Kerja Dengan Majikan Bangsa Cina

Kedai Bateri Kenderaan
HQ kedai bateri kenderaan – Gambar sekadar hiasan

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah kita masih berpeluang bernafas dengan sempurna walaupun banyak dugaan dan rintangan kita hadapi. Setiap individu mempunyai masalah yang unik, dan inshaAllah apa yang terjadi ada hikmahnya.

Kali ini saya ingin kongsikan pengalaman saya, bekerja makan gaji dengan company yang diterajui oleh bangsa Cina, maksudnya Cina versi Malaysia, bukan China ya.

Penulisan ini, saya tidak mengajak pembaca untuk berperang atau ajakan berbau perkauman, cuma ingin berkongsi pengalaman hidup, dari kuburukan dan kebaikan berada dibawah majikan bangsa Cina ini.

Saya telah bekerja dengan company cina anggaran kasar 3 tahun, pelbagai karenah dan kebaikan yang ada boleh dikongsikan bersama.

Antaranya, kerja lebih masa adalah suatu yang normal, contoh seperti berkerja diluar waktu pejabat sehingga lewat malam, tapi bergantung pada industri bisnes. Pendek kata tiada istilah “Work Life Balance”.

Bangsa Cina ini, dalam bahagian pemasaran, mereka akan cenderung hire orang melayu untuk tolong mereka dalam marketing, ini kerana, majoriti pelanggan ataupun target pasaran mereka dikalangan orang Melayu.

Mereka agak susah nak kerja sama dengan bangsa lain, melainkan akan ada kepentingan dari sudut perniagaan mereka, keterpaksaan dari sudut permintaan pasaran. Majori pelanggan dikalangan bangsa Melayu, terutama kawasan Shah Alam, Puchong dan Ampang dan Cheras.

Jika ingin kekal lama bersama majikan Cina ini, kita perlu ‘deliver’ apa yang mereka mahukan, penuhi kehendak mereka, inshaAllah mereka akan sayang kita.

Mengikut observation dan pengalaman, bangsa Cina ini lebih pantas dan maju kehadapan dalam perniagaan berbanding bangsa Melayu, oleh kerena mereka bekerja hampir mencapai 24 jam seharian. Ibaratkan, “Hidupku, Matiku Hanya Untuk Bisnes”, boleh dikatakan bahasa kasarnya macam itu lah.

Mereka akan reward pekerja dengan cara, berikan extra duit poket, jika mereka nampak ada staff yang sangat kuat kerja, dan nak push lagi, itu mereka akan menanglah. Pendek kata, duit ini tiada masalah bagi mereka.

Dari sudut ilmu dan kemahiran, mereka sangat berilmu dan yakin dalam bisnes yang mereka buat, sebagai pekerja, sangat beruntung kerja dengan mereka kerana mereka akan push kita untuk kerja kuat, akan sentiasa diawasi, mungkin akan malukan kita, tujuannya supaya untuk sentiasa berjiwa kental tak mudah koyak apabila buat kerja.

Ini bahagian pekerjaan level executive (kerja dalam pejabat), tapi untuk level manager, atau level pengurusan, bahagian akauntan, bahagian sumber manusia, contoh jaga cawangan, mereka akan pilih bangsa mereka juga, tidak akan pilih bangsa selain dari Cina. Pendek kata, bahagian operasi edarkan stok, kerja bahagian beban berat, jaga store, jaga kedai, paling tinggi pereka grafik, bahagian IT mereka akan pilih melayu, terutama bahagian marketing.

Tujuan saya menulis kali ini, saya ingin mengajak bangsa saya sendiri, rajinkanlah berniaga, jangan malas, sebab bangsa cina ini mereka punya rajin kerja sampai tak ada masa untuk keluarga. Oleh sebab itu jika anda sedar, Cina dia jaga dari sudut buat anak.

Jika kerja dalam company yang kecil, cara mereka kerja tiada procedure, banyak cara kerja dari mulut ke mulut, pendek kata ikut suka hati. Jika anda nak cari pengalaman, dan masih bujang, tiada isteri dan anak, boleh lah nak mencuba.. tapi tidak sesuai untuk long term run jika sudah ada keluarga.

Itu sahaja penulisan kali ini. Sekian 🙂

Tinggalkan balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.