Perkhidmatan Percuma Ajar Cara Berniaga di Shopee

Assalamualaikum,

Saya yakin ramai dah ketahui mengenai marketplace terbesar dalam Malaysia. iaitu Shopee dan Lazada. Majoriti dikalangan kita akan meluangkan masa sangat lama beli barang di Shopee dan Lazada.

Ini terbukti apabila pada MCO dan PKP 1.0 yang lalu, pada bulan March 2020, kerajaan Malaysia telah menyekat semua aktiviti pekerjaan disemua sektor, bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 ini. 99% kedai ditutup secara menyeluruh tiada kompromi. Hanya delivery servis sahaja yang dibenarkan berjalan pada masa itu.

Saya sendiri, first time setup desktop PC, dengan membeli komponen komputer didalam Shopee, lepastu self setup.

Pada tahun lepas, jika anda sedar, Shopee dan Lazada ada membuat pengiklanan television untuk Promosi 11.11 dan 12.12, dengan melantik duta khas Phua Chu Kang, anda rasa mereka suka suki ke invest dalam buat iklan dikaca TV dan sosial media seperti Tiktok, YouTube?

Shopee dan Lazada merupakan jenama yang besar dalam Southeast Asia Marketplace, company mereka baru, tapi mempunyai investor yang baik bagi bangunkan jenama Shopee dan Lazada.

Kali ini, saya ingin memberikan ilmu PERCUMA kepada anda, macam mana nak start berniaga dalam Shopee. Bagi saya platform Shopee paling user friendly bagi mereka yang first time nak berjinak menjual barang secara online kerana, anda tak perlu fikir, macam mana nak arrange postage secara berasingan, sebab Shopee dan company courier besar seperti DHL Ecommerce Express, J&T Express, Ninjavan dan City-Link telah joint ventures dengan pihak Shopee bagi memudahkan kita berurusniaga menggunakan platform Shopee.

Shopee merupakan Multinational Company (MNC), fokus perniagaan mereka adalah dalam industri E-Commerce, HQ dibawah pengurusan Sea Group, Shopee mula bertapak dalam Asia, bermula di Singapura, dalam tahun 2015, dan seterusnya berkembang di Malaysia, Thailand, Taiwan, Vietnam, Philipines dan Brazil. Nama Founder Forrest Le, mereka ini juga ada perniagaan lain seperti Garena, fokus dalam industri permainan video, dan dahulu pernah juga mereka ada sosial media seperti Wechat, aplikasi Beetalk, tapi dah terkubur.

 

Shopee Sales Report Bulan May 2020

Diatas ini merupakan hasil jualan sepanjang Bulan Mei 2020, tahun lepas daripada statistik Shopee dibawah pengurusan dan pengawasan saya. Niche perniagaan adalah menjual bateri kenderaan secara online melalui platform Shopee. Trend menunjukkan hasil jualan di musim PKP atau MCO 1.0.

Nak saya bimbing anda supaya Sales naik tinggi melambung seperti diatas?

Hubungi saya.

Bagi anda yang perlukan pendapat, bimbingan atau How-to mengenai Shopee, hubungi saya, inshaAllah saya akan bantu secara Percuma.

Terima kasih 🙂

Tinggalkan balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.