Syarat kelulusan i-Sinar dipermudahkan 8 Mac 2021

Berita rasmi KWSP lepas longgarkan syarat untuk i-sinar

i-Sinar ini ramai yang terkesan dengan covid sebab dibuang kerja, hilang sumber percarian rezeki. Ini termasuk saya sendiri. Sebab itu saya dari duduk saja menunggu kerja makan gaji selepas menghadiri temuduga dah 10 interview tapi belum ada yang sangkut. Oleh sebab kemahiran yang saya ini boleh dibuat freelance juga, so saya buat dan ikut mana rezeki yang datang dahulu.

Kebetulan KWSP dan kerajaan kita ada buat kelonggaran selepas ditekan kuat oleh rakyat dan bekas perdana menteri malaysia Najib Tun Razak. Ramai marah sebab KWSP ini satu badan yang menyimpan dan menjaga wang simpanan pekerja untuk hari tua bila dah sampai umur 55 tahun nanti. Tapi mereka buat pelbagai syarat untuk withdraw, aku pun marah!

Terbaru pada 18 Feb 2021, harap maklum KWSP dah bertukar CEO dan telah dalam kemaskini sistem dan dijangka ambil masa 10 hari sebelum diluluskan untuk semua. Jika sebelum ni kena lampirkan dokument penyata gaji, statement bank dan sebagainya untuk buat permohonan. Kini dipermudahkan.

Bersama-samalah kita menanti dengan penuh kesabaran dari backup wang simpanan kita untuk teruskan kelangsungan hidup, sementara dapat pekerjaan baharu dan covid ini pulih sedia kala.

Untuk semakan secara nyata, anda boleh berbuat demikian melalui website rasmi di https://isinar.kwsp.gov.my/

Tarikh akhir boleh buat permohonan sebelum 30 Jun 2021

Jangan pula lambat sangat, melepas nanti!

KWSP 10 hari

Tinggalkan balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.