Impian sebelum 5 tahun akan datang

Setiap remaja yang sedang menuju ke alam dewasa sudah pasti mereka mempunyai impian apabila mulai melangkah ke alam dewasa. Begitu juga dengan aku.

Kalau nak senaraikan impian aku sememangnya banyak dan tak pernah kenal erti sikit atau cukup rasa. Namun cukuplah aku dahulukan yang bagi aku penting untuk aku mencapainya dahulu..

Masa umur aku 20 tahun ni .. ni umur aku sekaranglah. Impian aku adalah ingin belajar agama dengan secukupnya dan semampu dengan kekuatan aku, kelapangan masa yang aku ada.. harap maklumlah aku ni masih pelajar di sebuah kolej macam-macam subjek belajar tambah-tambah lagi aku ni ambil kos sains komputer mestilah kena kuat studi sikit kan.

Kau tahu kenapa aku dahulukan agama? Ini kerana jiwa aku kosong.. hati tak keruan juga.. biasalah emosi tak berapa stabil.. so pada siapa lagi aku nak minta tolong? Pada kawan-kawan? Pada saudara mara? Pada mak dan ayah? No.. Paling utama aku dahulukan Allah, kepada dialah aku minta tolong sebelum aku pergi ke umi dan abah aku..

Continue reading “Impian sebelum 5 tahun akan datang”