Soal Jawab: Nikah Gantung, Isu Wali dan Risikonya

Assalamualaikum ustaz……

Pertama sekali, terima kasih saya ucapkan buat ustaz kerana berkesempatan membaca emel saya ini. Saya selalu mengikuti blog ustaz atas cadangan dari teman saya. Teman saya juga mencadangkan kepada saya untuk bertanya kepada ustaz tentang sebarang permasalahan dalam percintaan di zaman remaja ini. Oleh itu, saya berharap ustaz dapat menjawab permasalahan yang akan saya ajukan selepas ini.

Sebenarnya ustaz, seorang sahabat saya telah datang kepada saya untuk mengadu permasalahannya. Biarlah saya namakan sahabat saya ini dengan gelaran A. Sahabat saya ini merupakan seorang penuntut di IPTA. A telah menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki yang dikenalinya semasa belajar di IPTA yang sama. A juga telah berjanji dengan teman lelakinya untuk berkahwin setelah habis belajar. Namun, tempoh pengajian mereka masih lama lagi. Pada masa yang sama, A dan teman lelakinya tidak yakin untuk menjaga hubungan mereka agar ianya tidak melanggar batasan syarak. Mereka memang berhasrat untuk berkahwin, namun, atas halangan keluarga dan pelbagai masalah lain lagi yang tidak dapat dielakkan, mereka terpaksa akur dengan keputusan tersebut. Mereka juga tidak mahu terus menerus hidup di dalam dosa dan kemaksiatan. Oleh itu, mereka mengambil alternatif untuk berkahwin tanpa pengetahuan keluarga dengan menggunakan abang A sebagai wali. Mereka tidak akan hidup bersama seperti suami isteri tetapi mereka hanya ‘kahwin gantung’ sebagai cara untuk menghalalkan hubungan mereka seperti hubungan sebagai pasangan kekasih. Oleh itu, saya ingin bertanya tentang pandangan ustaz tentang alternatif yang A gunakan ini sebagai cara untuk menghalalkan hubungannya dengan lelaki itu. Adakah alternatif ini terbaik untuk mereka?

Soalan kedua pula, apakah boleh untuk A dan pasangannya untuk akad nikah sekali lagi setelah mereka tamat tempoh pengajian untuk mengadakan majlis perkahwinan secara rasmi dengan restu keluarga dan teman-teman yang lain agar perkahwinannya diketahui oleh kaum keluarga dan jiran mereka.

Itu sahaja soalan yang ingin saya kemukakan kepada ustaz. Saya amat berharap ustaz dapat memberi respon yang terbaik kerana pada waktu A memberitahu hal ini, saya tidak tahu sama ada ingin menyokong atau menghalangnya daripada melakukan perkara sedemikian. Sebagai seorang sahabat saya mahukan A bahagia dan tidak merana kelak. Terima kasih ustaz.

~hamba Allah yang memerlukan bimbingan~

Continue reading “Soal Jawab: Nikah Gantung, Isu Wali dan Risikonya”