Syarat kelulusan i-Sinar dipermudahkan 8 Mac 2021

Berita rasmi KWSP lepas longgarkan syarat untuk i-sinar

i-Sinar ini ramai yang terkesan dengan covid sebab dibuang kerja, hilang sumber percarian rezeki. Ini termasuk saya sendiri. Sebab itu saya dari duduk saja menunggu kerja makan gaji selepas menghadiri temuduga dah 10 interview tapi belum ada yang sangkut. Oleh sebab kemahiran yang saya ini boleh dibuat freelance juga, so saya buat dan ikut mana rezeki yang datang dahulu. Continue reading “Syarat kelulusan i-Sinar dipermudahkan 8 Mac 2021”

KWSP: Kemaskini Penyata 2019 – Dividen 2018

Penyata KWSP EPF akan dikemaskini pada rekod kemasukan selepas dividen tahun 2018 diistiharkan dalam bulan Februari atau Mac 2019. Kebiasaannya, selepas buat caruman secara manual, bagi yang business sendiri, penyata akan dikemaskini dalam masa 2 Hari berkerja sahaja.

Saya sediri telah berkomunikasi sendiri melalui Twitter rasmi KWSP, khabarnya seperti yang tertera dalam screenshot

print screen twitter conversation
nota ringkas statement tidal dikemaskini di iPhone EPF apps

Mencarum KWSP EPF sendiri

Bagi anda yang kerja dengan majikan usah risau, majikan anda yang mencarum untuk anda pada setiap bulan selepas dapat gaji. Namun bagi anda yang berkerja sendiri boleh juga mencarum sendiri dengan menggunakan Maybank2u dan buat secara atas talian.

Hanya masukkan No.EPF > pilih self contribution > nama penuh pada akaun EPF > No.kad pengenalan > Jumlah yang ingin carum (paling sikit RM50) > klik PAY

Selepas anda membuat transfer dengan nilaian minima RM50 melalui akaun Maybank2u anda, akaun KWSP ataupun EPF anda akan dikemaskini dengan nilai terkini dalam masa 1-2 hari berkerja.

Caraย  pantas untuk melihat kemaskini adalah memuat turun aplikasi di dalam peranti pintar anda dan login menggunakan i-akaun KWSP. Sila pastikan anda telahpun mengaktifkan akaun atas talian KWSP untuk membolehkan anda menyemak baki simpanan semasa anda sebelum login pada aplikasi iOS atau Android ataupun melalui laman web KWSP.

Lihat baki EPF di aplikasi iOS

Paparan utama (iOS) – Jumlah keseluruhan dari akaun 1 dan akaun 2

Pada paparan utama diatas, selepas login pada aplikasi iOS, akan terpapar jumlah keseluruhan yang terkumpul daripada akaun 1 dan akaun 2.