Pernah lakukan maksiat? Jangan Hebahkannya!

Renungan hari ni:Menampakkan maksiat merupakan sebuah perbuatan keji yang mencerminkan ketiadaan iman, kerendahan moral dan sikap penghinaan terhadap tata susila kemasyarakatan. Sementara menceritakan perbuatan dosa yang pernah dilakukan, apalagi jika menceritakannya dengan penuh kebanggaan, sangat berlawanan dengan …sikap manusia berbudi yang merasa malu mengingati kesalahan yang pernah dilakukannya.

Kemaskini (14/Julai/2010);

Bimbang individu terbabit tergolong di dalam kategori penyebar dosa dan pembuka aib diri sendiri. Nabi s.a.w memberi ingatan :-

كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقد ستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عليه

Ertinya : Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahkan ini, melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :” Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini” maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang menutup keaibannya.( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).


Justeru jalan terbaik atas apa jua bentuk dosa yang telah atau pernah dilakukan adalah senyap dan sembunyikan. Ia bukan hipokrit ! tetapi ia dituntut oleh Allah dan RasulNya dan usahakan bertaubat. Hiprokrit adalah bagi mereka yang berpura-pura baik, tetapi dalam hal ini, si pelaku dosa hanyalah menyembunyikan dosanya. Tidak timbul persoalan dia cuba mengabui mata orang ramai dan berpura-pura baik. Rasulullah bersabda :

اجْتَنِبُوا هَذِهِ الْقَاذُورَةِ الَّتِي نَهَى الله عَنْهَا فَمَنْ أَلَمَّ فَلْيَسْتَتِرْ بِسَتْرِ الله وَلْيَتُبْ إِلَى الله. فَإِنَّهُ مَنْ يُبْدِ لَنَا صَفْحَتَهُ نُقِمْ عَلَيْهِ كِتَابَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ.

Ertinya :Jauhilah perkara-perkara keji (maksiat) yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menyembunyikannya dengan tutupan (yang diberikan) Allah dan bertaubat kepada Allah SWT. Jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla.” [Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: “Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya.” Ini dipersetujui oleh al-Zahabi.] ..

Sifat Hamba Al-Rahman

Alhamdulillah, setelah sekian lama saya tidak pergi belajar agama di Ampang..nama sekolah itu Dar Hikmah.. Saya pergi sana dalam minggu lepas. Alhamdulillah jua kerana apabila sampai tu kelas masih belum bermula, jika tidak ‘miss’ la beberapa minit, kerana masa itu emas tau! Hari ini saya tidak mahu bercoret dengan lebih panjang kerana saya akan menaip perkara yang saya pelajari pada hari tersebut mengenai apa itu “Sifat Hamba Al-Rahman”.. Jom kita lihat… Continue reading “Sifat Hamba Al-Rahman”

Terus berdoa, sekalipun zahirnya seperti tidak dimakbul

HarakahDaily.Net

SOALAN: Berdoa kepada Allah untuk memohon sesuatu adalah digalakkan, dan yang paling makbul doanya adalah yang paling hampir kepada Allah. Kita telah banyak berdoa, termasuk orang-orang yang soleh di kalangan kita, tetapi semacam tidak dimakbulkan, mengapa berlaku demikian, pernahkah doa Rasulullah s.a.w., tidak dimakbulkan Allah SWT. Tolong Dato’ jelaskan. – MOHD ALI BAHAROM, Hulu Langat Continue reading “Terus berdoa, sekalipun zahirnya seperti tidak dimakbul”