Windows 8 Pakej Lengkap

Kali ini akan dikongsikan lebih lengkap apa yang kita dapat apabila beli Windows 8 dengan pakej lengkap (berkotak). Pakej upgrade ini merupakan Windows 8 Pro dan pada baru-baru ini Windows membuat promosi untuk pengguna Windows 7 dan kebawah supaya upgrade pada Windows 8. Promosi ini membuka peluang pengguna Windows menggunakan sistem operasi baru mereka dengan lesen yang original.

2013-01-31-393Dalam pakej ini dihadirkan dengan lesen yang boleh didapati dibahagian kanan kotak. Pada bahagian kiri pula merupakan posisi disk-dvd installation bagi Windows 8.

2013-02-05-398DVD Windows 8 ini disertakan dua versi installation iaitu versi 32 bit dan 64 bit sesuai untuk jenis operasi komputer anda yang didatangkan dengan variasi yang berbeza.

2013-02-05-399Bahagian hadapan, akan kelihatan versi 32 bit terlebih dahulu apabila mula-mula buka kotak.

2013-02-05-400Ini pula untuk 64 bit. Label tertera pada sampul disk pada bahagian hadapan warna biru muda.

2013-02-05-401Akhir sekali gambar lebih jelas pada disk Windows 8, gambar diatas hanya memaparkan untuk versi 64 bit sahaja dan ia menunjukkan ia di import masuk ke Malaysia dari Singapura.

Pada masa saya beli ini merupakan hari terakhir promosi Windows 8 pada 31 Januari 2013 yang lepas pada harga RM2xx (upgrade pack), mungkin pada masa kini harga dinaikkan.

Ini sahaja perkongsian mengenai Windows 8 yang saya dapat kongsikan pada hari ini. Sudahkah anda beralih pada Windows 8?

 

 

 

 

2 thoughts on “Windows 8 Pakej Lengkap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.